Archive for the ‘@kg’ Category

mari pecah masuk kereta

Monday, April 28th, 2008

cuti baru2 ini balik kampung. ajat dihati ingin buat pemeriksaan jantina lelaki @ perempuan. So, kita ke klinik balkhis di Kota Bharu. kitaorg parking jauh sedikit memandangkan parking yang dekat dah penuh. parking kat kawasan yang gelap.

pirate.jpg

mari merompak!

masa tu dah pukul 9.00 malam. kata akak yg jaga kaunter, “kita dah tutup pendaftaran masa ni”. jadi terpaksa pulang lah sbb dah malam.

Sampai kat kereta tengok2 pintu kereta terbuka kecil.

buka pintu kereta terkejut ada orang. terus ditutup balik pintu itu. budak tu cuba keluar ala2 nak berbincang. dengan tak semena2 tangan ni naik penumbuk atas muka dia. (tak perasan).

budak pencuri tu lari bersama dengan cd player yang baru dibeli tempoh hari. ada lelaki cina nampak kejadian kejar budak tu dengan kunci stereng kereta. dapat balik cd player tapi budak ntah kemana.

buat repot polis, check barang2 lain takda yang hilang. kunci depan rosak ntah bila nak baiki.

Popularity: 37% [?]